Monday, July 31, 2006

Down..

Sungguh berat ujian yang Allah berikan buatku kali ini. Mungkin kerana dosa-dosaku yang lalu... Allah inginku mengingatkanku supaya mengingati Allah lebih dari yang lain...

Huhu..

Wednesday, July 26, 2006

Apabila Ihsan Memberi Tazkirah...

Tadi lepas Maghrib, sampailah waktu giliran Ihsan bagi tazkirah kat rumah. Katanya pasal boikot2 ni. Katanya ada satu member dia cakap la pasal boikot Star Bucks la, sebab support Israel. Lalu Ihsan tanya la sebab apa kita kena boikot Star Bucks tu.

Lalu kawan dia cakap la, "Orang suruh boikot, boikot aje la".

Ihsan cakap la, patutnya terangkan lah tentang mcm mana Starbucks ni menyalurkan duit kepada Israel, sekurang2nya an explaination. Rasa sedikit tidak puas hati. Mungkin la boleh bagi penerangan ke. Contoh nya mcm mana keuntungan yang banyak yang Starbucks peroleh, untuk mengelakkan daripada bayar tax, maka disalurkan kepada mana2 pihak yang dirasakan bersesuaian, dalam konteks ini, Starbucks salurkan kepada Israel, ataupun sekurang-kurangnya pertubuhan di bawah sayapnya. Sekurang-kurangnya kita ada cuba untuk memberi sedikit fakta kepada mereka yang tidak tahu. Bukannya "Aku cakap ini, Kau kena buat ini..."

Saya bersetuju juga dengan Encik Ihsan. Fikirkan, macam mana Orang Kristian masa Dark Ages dulu, bagaimana paderi-paderi mereka mempraktikkan idea sebegitu. Setiap arahan yang dikeluarkan gereja harus dipatuhi. Jika tidak, padah akan menimpa.

Sama juga dalam konteks ini. Kita taknak la dalam usaha kita berdakwah pun, kita masih lagi begitu sempit. Begitu kolot dalam berfikir.

Sebagai satu contoh lagi. 'Mereka' yang kita anggap sangat baik. Sampai ber 'ana' dan ber 'anta' bila berjumpa. Tapi bila jumpa kalangan mereka yang katakan simpan poster bola ke, ataupun minat lagu Inggeris lelaki yang liriknya tak melalaikan ke.. Ataupun minat terhadap bola ke..Etc.. Mereka menganggap orang yang sebegini telah lupa asal tujuan dan juga tidak tetap pendirian. Tidak istiqomah dan sebagainya. Padahal benda-benda ini kalau kita fikirkan, sangat remeh pun. Tak mendatangkan masalah terhadap iman ataupun amal pun kiranya. Sebab banyak lagi benda-benda besar yang tak dicuba tackle. Contohnya kerja dakwah sesama kawan-kawan kita, keluarga kita yang masih dalam keadaan alpa tu. Kita biarkan aje. Tapi yang bende2 kecik, yang sesama kita buat ni nak disibuk-sibukkan. Apa yang kita dapat akhirnya? Yang menegur sakit hati sebab orang tu 'tak sama baik' dengan kita, dan ditambah lagi jika tidak diikuti. Yang ditegur pula sakit hati juga, sebab rasa apa yang dibuat itu tidak lah salah menurut syarak. Sakit hati kerana dituduh tidak tetap pendirian.

Alangkah baik jika kita berbaik sangka. 'Husnulzon' bak kata En Chef. Lagipun sangat dituntut dalam Islam. Orang yang nak menegur tu tak jadi menegur sebab mereka bersangka baik yang orang yang henda ditegur tu mungkin tidak terganggu dengan apa yang mereka minati, dan yang ditegur itu bersangka baik yang kawan yang menegur itu mungkin ingin menasihati supaya tidak hanya melihat bola, muzik etc. sebagai suatu kehidupan semata-mata.

Alangkah indah jika kita tidak menaruh sangka buruk terhadap sesama kita. Sesama saudara yang sefikrah dengan kita. Dalam contoh Starbucks tadi dan juga contoh dalam contoh minat seseorang tadi juga.

So, mesej untuk dibawa pulang:

1) Kita perlu thoroughly dalam berdakwah. Kalau orang tanya, jawablah.. Jangan sombong. Kalau tak tahu, refer to orang yang lebih arif. Lagipun, berapa ramai orang yang sombong dari orang terdahulu yang Allah binasakan? Dari Iblis, Qabil, kaum nabi Nuh, Lut, kaum Yahudi dll. Semuanya binasa dan dilaknat.

2) Selalulah berbaik sangka sesama sahabat kita selagi apa yang sahabat anda lakukan tidak menyalahi syarak dan tidak menjatuhkan iman. Jika anda tidak berbaik sangka, benda yang anda fikirkan mungkin menjadi fitnah yang menjatuhkan sahabat anda itu dikemudian hari. Kalaupun sahabat anda berbuat salah, berbaik sangka yang sahabat kita tidak tahu, kemudian nasihatlah dengan nasihat yang baik. Akibat yang mungkin hadir, iaitu fitnah, mungkin menyebabkan kesatuan umat sebagai satu entiti Islam tidak akan tercapai. Maka, sampai itulah sahabat-sahabat kita yang berperang di Palestin, di Lubnan, di Iraq, di Kashmir dll akan terus berperang sebagai mana mereka berperang kerana mereka orang Palestin, orang Lubnan, orang Iraq, orang Kashmir dll yang berperang untuk tanah air mereka, bukannya sebagai satu alliance yang diikat atas ISLAM.

Maybe anda kurang bersetuju. Tapi ini adalah apa yang saya fikirkan. Pendapat saya.

Selagi kita masih disibukkan dengan benda-benda kecil sampai diabaikan perkara yang lebih besar, dan juga tidak telus dan tulus dalam niat seharian kita, sampai itulah kita tidak akan berjaya.

Tuesday, July 25, 2006

Al-Fatihah buat Allahyarham Hani Mohsein Hanafi..

Ucapan takziah ditujukan buat Allahyarham Hani Mohsein Hanafi dan keluarga, serta budak Koleq '81. Berita kembalinya beliau ke rahmatullah disampaikan oleh ayahku dan juga Berita Harian.

Al-Fatihah.

"Kematian tidak mengenal usia. Semalam kita ketawa, tak semestinya hari ini kita masih sama kerana mungkin tangisan menjadi iringan kita ke liang lahad. Sedarkan diri wahai sahabat sekalian. Pintu taubatmu masih terbuka, selagi hayat tidak sampai ke rongga kerongkong kita.

Bertaubatlah... Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat. Selalulah beringat akan datangnya ajal, kerana ajal tidak mengira masa. Mungkin esok, mungkin minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan.. Siapa tahu? Kecuali Allah...

Jadilah orang yang bijak pandai. Selalulah beringat akan matinya kita. Kerana orang yang mengingati mati adalah orang yang paling bijak dan beruntung.... Insya Allah, mereka telah pergi dahulu, dan kita bakal mengikuti mereka!" -aie-

Saturday, July 22, 2006

Kata- Kata Hikmah Sebuah SMS...

Apabila kau melihat,
Segalanya dariNYA,
Yang Maha Mencipta,
Yang Menimpakan Ujian,
Yang Menjadikan sakitnya hati,
Yang membuatkan keinginan terhalang,
serta menyusahkan hidupmu...


Masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya utk sesuatu yang sia-sia...


Bukan ALLAH tak tahu deritanya hidupmu,
Retaknya hatimu...


Itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu bahawa hati beginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab padaNYA...


YA ALLAH hanya padaMu aku mengadu...
Hanya padaMU lah aku berserah...


Semoga hidupku sentiasa beroleh rahmah,
Dan campakkanlah kekuatan dan iman di hatiku..
Moga kesudahanku,
Husnul khotimah...
AMIN...

Wednesday, July 19, 2006

Kekejaman terhadap umat Islam uji persaudaraan

(artikel daripada Berita Harian)

CUBIT paha kanan, paha kiri terasa - itulah ungkapan yang paling tepat bagi menggambarkan kisah sedih dan pilu yang terpaksa ditanggung oleh umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan umat Islam seluruh dunia amnya.

Perasaan sedih dan pilu mengenang nasib umat Islam yang lain adalah fitrah yang sudah tertanam dalam diri setiap individu Muslim yang mengucapkan kalimah syahadah yang agung iaitu kalimah yang membezakan seseorang itu beriman dengan Allah dan rasul-Nya atau sebaliknya.

Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Diumpamakan orang mukmin dalam hal kasih mengasihi, sayang menyayangi, hubung menghubungi di antara mereka mereka laksana satu jasad. Apabila mengadu sakit salah satu anggotanya, maka ikut terasa kesakitan kesakitan itu keseluruhan badan dan berjaga malam.” (Hadis riwayat Muslim).

Sebagai umat Islam, kita diajar untuk berusaha dan bertawakal serta iringinya dengan doa. Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikan diri, keluarga, sahabat, sesama Islam hatta kepada bukan Islam sekalipun supaya mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah.

Doa ialah pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah dengan memohon secara langsung kepada-Nya.

Setiap individu mempunyai keperluan dan keinginan masing-masing sama ada secara positif atau negatif.

Ini kerana mereka terpaksa menghadapi pelbagai ragam hidup yang berupa cabaran, halangan, dugaan dan sebagainya.

Justeru, mereka berdoa kepada Allah memohon limpah perkenan dan rahmat-Nya supaya hajat mereka terkabul.

Menurut pandangan Islam, doa adalah suatu cara yang perlu digunakan oleh orang Islam bagi mendapat pertolongan daripada Allah.

Kita hendaklah berdoa setelah didahului dengan usaha dan ikhtiar yang gigih, seterusnya doa digunakan untuk kebaikan dan kemaslahatan ummah seluruhnya.

Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” – (Surah al-Baqarah, ayat 186).

Usaha jitu perlu digerakkan dengan memberi kesedaran supaya setiap mukmin menyumbang sesuatu bagi membantu saudara seagama yang tidak bernasib baik.

Setiap mukmin perlu memberi sumbangan yang berupa material atau sumbangan dengan berdoa kepada Yang Maha Kuasa mohon pertolongan kerana orang mukmin saling memerlukan di antara satu sama lain.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya seorang mukmin bagi seorang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan. Sokong menyokong di antara satu sama lain. Dan Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan menyilangkan di antara jari-jemar Baginda.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Hari ini mereka diuji dengan pelbagai cabaran dan halangan. Ia juga menguji orang Islam yang lain agar dapat mempersiapkan diri dengan melakukan jihad sama ada dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.

Kita juga perlu menyedari bahawa kehidupan adalah ujian Yang Maha Esa, untuk melihat sejauh mana hamba-Nya yang berlegar mencari kehidupan yang diredai dan diberkati-Nya.

Ada yang diuji dengan nikmat kesenangan dan ada yang diuji dengan kesengsaraan.

Allah menjanjikan balasan syurga setelah mendatangkan ujian untuk hamba-Nya.

Mukmin yang tabah menghadapi ujian akan dekat dirinya dengan Allah dan pertolongan Allah akan hadir memayungi kehidupannya.

Firman-Nya bermaksud: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” – (Surah al-Baqarah, ayat 214).

Oleh Mohd Zamri Shafie
Penulis ialah Imam Masjid Putrajaya, Putrajaya
(E-mel: mzumairi78@islamway.net)

Saturday, July 15, 2006

Selamat Pengantin Baru Umar Faruq...

Alhamdulillah. Saudara Umar Faruq telah selamat diijabkabulkan semalam (Malam Jumaat). Dan hari ini (Sabtu 15 July) Walimah telah diadakan di Masjid Sg Pinang, Klang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. Berseri-seri muka saudara Umar Faruq bin Muhammad Shamsudin bersama isterinya, Khadijah Bt Abdul Rahman...


Berseri-seri En Faruq dan Pn Khadijah sebelum masuk ke dewan masjid..











Kelihatan mereka menuju ke gerbang dewan.. Gerbang kebahagiaan..







Faruq dan pasangannya bersama satu lagi pasangan pengantin, iaitu kakak kepada Pn Khadijah...












Kenangan penulis bersama pengantin...













Saif... Faruq dah.. Anda bila lagi? Hehe :P

Thursday, July 13, 2006

Sunsilk Biru: Tanda Rosaknya Akhlak..

Terkejut. Tergamam.

Masakan. Iklan yang aku lihat dengan kaca mata sendiri di Malaysia. Iklan Sunsilk baru.. Kisahnya bermula apabila seorang remaja yang bertudung mahu menceburi teater. Namun kerana 'low self esteem' kerana perihal bertundung nya (agaknya nak menunjukkan bahawa bertudung ini menyebabkan rambut berbau busuk, lantas lelaki tak mahu rapat.. tudung=fesyen? ataupun suruhan Allah?) maka dia teragak2 utk rapat dgn orang lain, apatah lagi untuk menceburkan diri dalam teater tersebut.

Tiba2 jumpa Sunsilk Biru ni.. selepas pakai bersemangat kembali. Kembali ceria. Kembali keyakinan diri. (Agaknya dia lupa yang rasa senang dan susah dalam hati tu Allah yang kurniakan.. syampu le yang bagi keyakinan.. tul tak?). So, ternampak la poster 'Laila & Majnun' audition. Dia pun pergi la.. So, dalam audition tu dia kena lakonkan peranan Laila menerima pujuk rayu Majnun ni.. Melututlah Majnun di hadapan Laila sambil BERPEGANGAN TANGAN.. Lepas dah habis tu, lelaki tu senyum memanjang.. Minah ni apa lagi, suka la.. "yes.. laki ni suka aku.. "

Aduh, apa nak ditunjukkan ni??? Ni ke Malaysia yang aku dah tinggalkan selama 2 tahun ni?

Wallahu'alam.

(sori lambat update. baru balik bercuti dengan famili ke pantai timur. Kuala Terengganu dah maju.. sungguh!!)

Saturday, July 01, 2006


Kisah Mee Goreng Mamak

Yasin (bukan nama sebenar) telah pergi ke kedai mamak pada suatu hari. Maka diordernya sepinggan mee goreng mamak. Kedai mamak itu sangatlah terkenal kerana kehebatan mee goreng mamak itu. Sangat sedap. Banyak isi-isinya; ayam, daging, ketam, sotong, taugeh, tauhu dan MSG yang tepat isi kandungan serta ramuannya untuk setiap satu pinggan mee goreng mamak yang dihasilkan untuk setiap para pelanggannya.

Ketika itu laparnya si Yasin ini tidaklah boleh disangkal. Sanggup diredah daerah Gombak, masuk ke perkampungan Taman Ibu Kota dan Danau Kota, semata-mata untuk mendapatkan sepinggan mee goreng mamak yang best tu (kasi gimik sket.. boleh kan Ihsan?).

Tatkala mendapat mee goreng mamak yang penuh dengan isi-isi yang best tu, dan ketika hendak disuapkan mee itu ke mulut nya, tiba-tiba seekor cicak di syiling melepaskan tembakan separa pepejal berwarna hitam-putih ala-ala kaler House Ahmad dan Idris bergabung (jgn marah.. muahahahaha..), dan tembakan itu jatuh ke dlm mee goreng yang sedap itu. Terpacul mata Yasin itu kerana terkejut. Hilang seleranya. Loya. Ditolaknya mee sepinggan itu ke tepi. Tidak jadi makan mee itu. Hanya disebabkan 'tembakan' cicak dari syiling itu mengenai mee itu. Walaupun hanya sedikit aje bahagian yang terjejas.

So, cuba kita fikirkan sejenak. Fikir dalam2.

Ada orang kata, kita dah cukup solat 5 kali sehari, puasa dan lain-lain. Amalan sunat juga tidak dilupakan. Ilmunya tentang Islam sangat mendalam. Tapi dari segi perlakuan yang lain tak dijaga. Adab dalam pergaulan dengan perempuan tidak dijaga. Cara pemakaian yang kurang sopan dan menjolok mata. Kadang-kadang kalau tak menjolok mata tu, still selekeh, berserabut dan menyakitkan mata, sampai orang boleh kata "Inikah orang Islam yang agamanya lengkap serba serbi??". Hubungan dengan jiran tidak diutamakan. Dengan sahabat-sahabatnya tidak dikukuhkan ukhuwahnya. Kalau tengok gambar-gambar, tidak mencerminkan ilmu yang ada dengan dirinya.

Maka, adakah dengan kita membuat perkara-perkara yang besar tapi mengabaikan perkara-perkara yang kecil itu menjamin kejayaan kita di Sana? Bagaimana kah keadaan kita tatkala kita berhadapan dengan Allah. Betul, kita dah buat semua perkara wajib yang Allah suruh. Tapi dengan ada lubang-lubang kecil yang kita buat dlm kehidupan kita, saya rasakan ini boleh dijadikan alasan oleh Allah untuk tidak menerima kita, dan tidak meredhai kita untuk dimasukkan ke SyurgaNya. Maka, sangat rugilah kita. Betul tak? Sedangkan mee goreng mamak yang sedap tu pun, walaupun sesedap mana pun tapi kalau dah tercemar dengan benda yang kotor walaupun sedikit dan mampu dibuang, tapi jika di hidangkan kepada kita dlm keadaan sebegitu, most likely kita akan meletakkan nya di tepi atau menukarkannya. Boleh aje kalau saudara dan saudari membuangkan bahagian yang tercemar itu dan memakan yang tidak tercemar itu, tapi saya yakin yang MORE LIKELY anda akan membuangnya keseluruhannya. Betul?

Itulah analogi yang saya boleh terfikir untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati. So, setinggi mana ilmu kita, sepatutnya usaha dan perlakuan kita juga semakin baik seiringan dengan ilmu dan kematangan kita. Harapnya kita tidaklah hanya pandai berkata-kata tetapi dari segi perlaksanaannya tidak langsung mencerminkan yang kita faham apa yang kita dah tau. Ada satu hadis, best! Dah pernah dipost dulu, tapi nak repost juga.. Tak kira!

Abu Zaid (Usamah) bin Zaid bin Harithah ra berkata: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Seorang yang dihadapkan di hari kiamat. Kemudian dilemparkan ke dalam neraka, maka keluar usus perutnya, lalu berputar-putar di dalam neraka bagaikan himar yang berputar disekitar penggilingan maka berkerumun ahli neraka padanya sambil bertanya: Hai kamu, mengapakah engkau, tidakkah kau dahulu menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran? Jawabnya: Benar, aku dahulu menganjurkan kebaikan, tetapi tidak saya kerjakan, dan mencegah mungkar tetapi saya kerjakan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan juga satu ayat Al-Quran tentang kemurkaan Allah terhadap mereka yang berkeadaan sebegini.

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah As Shaff, 61: 2-3)


Saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri, dan juga kalian yang sudi membaca post ini. Kita baiki diri kita sama2. Kadang-kala kan kita ni pelupa. Betul tak?

Ok... cukup lah. Moga Allah berikan hidayah pada kita. Bukakan hati supaya Allah dapat memberikan hidayahnya buat diri kita. Walaupun hidayah itu adalah hak Allah, tapi Allah tahu sama ada kita nakkan @ mencari-cari hidayah itu. Kalau kita yang tutup hati kita, masakan Allah dapat berikan hidayahNya...

"Hidayah tidak akan menyapa buat mereka yang tidak membuka pintu hatinya..."