Thursday, July 13, 2006

Sunsilk Biru: Tanda Rosaknya Akhlak..

Terkejut. Tergamam.

Masakan. Iklan yang aku lihat dengan kaca mata sendiri di Malaysia. Iklan Sunsilk baru.. Kisahnya bermula apabila seorang remaja yang bertudung mahu menceburi teater. Namun kerana 'low self esteem' kerana perihal bertundung nya (agaknya nak menunjukkan bahawa bertudung ini menyebabkan rambut berbau busuk, lantas lelaki tak mahu rapat.. tudung=fesyen? ataupun suruhan Allah?) maka dia teragak2 utk rapat dgn orang lain, apatah lagi untuk menceburkan diri dalam teater tersebut.

Tiba2 jumpa Sunsilk Biru ni.. selepas pakai bersemangat kembali. Kembali ceria. Kembali keyakinan diri. (Agaknya dia lupa yang rasa senang dan susah dalam hati tu Allah yang kurniakan.. syampu le yang bagi keyakinan.. tul tak?). So, ternampak la poster 'Laila & Majnun' audition. Dia pun pergi la.. So, dalam audition tu dia kena lakonkan peranan Laila menerima pujuk rayu Majnun ni.. Melututlah Majnun di hadapan Laila sambil BERPEGANGAN TANGAN.. Lepas dah habis tu, lelaki tu senyum memanjang.. Minah ni apa lagi, suka la.. "yes.. laki ni suka aku.. "

Aduh, apa nak ditunjukkan ni??? Ni ke Malaysia yang aku dah tinggalkan selama 2 tahun ni?

Wallahu'alam.

(sori lambat update. baru balik bercuti dengan famili ke pantai timur. Kuala Terengganu dah maju.. sungguh!!)

12 comments:

Anonymous said...

erk pompuan tuh membuka tudung nyeh kah?

Anonymous said...

aslmualaikum...

ermm.. saudara sayeh... dlm iklan tuh,perempuan tuh bukannye buka tudung... tp yg x eloknye di iklan tuh yg personally sy sdri pun x suka is bile di akhir iklan tuh, ia tunjukkn lelaki dan perempuan berpegangan tangan.... ermm... itulah al-kisahnya... ntahla... rsnye dh lame isu iklan mengeksploitasikan perempuan yg memakai tudung ni ade kat tv, n dah ade yg bg komen2 kat newspaper kata x setuju... bukan stakat dlm ms 1 setgh tahun saudara aie tinggalkn msia.... =) sblm tuh lg dh timbul isu nih... ingat lg iklan sunsilk jg yg lelaki dan perempuan bertudung berkenalan kt library tuh???? snce ari tuh, org ramai dah start complaint... tp yg x pahamnyer, kenapelah pihak2 berkaitan cam tak pernah nk sensitif dgn komen2 org awam??? isk2... ntahla...

ermm... tol ke encik aie KT dah maju???? susah nk dpt pujian dr org KL yg smgt KL nih...hehe... bagus ler camtu... ;)

wallahu'alam

(shah) 샿룰™ said...

isu nie kalo ko hangatkan lagi... tambah sket api kat dalam dia... hehe, unsur syaitan di sini...

the power to talk is worthless if you have no power at all to do somethin', makin' peeps listen isn't good enough, the power needed is to make some impression in peeps that they will do as what we vision for, maybe is good enough... but the power to act and affect the thing is what we've been dreamin' all along okey...

that's sure my thought about religious things... it's good to have inspiration in our heart... but the feelin' of can't do nothin' 'bout it is unbearable... even for me... what i'm doin' right now is achieved that point where i can talk, impress, affect and inspire situation... as the right word to say is don't let situation affects us, let us affect the situation..

Anonymous said...

teranung mmg beh! yihaa!!~ sekekgi mung maghi a lagi bowok lake sme kaung keghabak. Meh2 kite g joli pata chenering, makang khepok leko, gi keda nasik dagang mok yah. Pahtu jangang wak dok ingak plop gi pelahak roti cana dekak sejid ladang nun. woo..sedak mung. Mughoh plok lagi..bukang supe kay el nung. Hoho..beh2.

Anonymous said...

aie!!!!~~~da brape kali aku bukak ko nyer blog arini..owh mengapakah..adekah aku berharap ianya diupdate ngan sentuhan tajam n telus bebutang kebyboardmu ataukah...entahlah. rindu barangkali. cepat2 la kembali ke adelaide.

aie144 said...

bagi saya, the term nothing can be done is a nonsense bagi saya.

anggap apa kita alami sekarang adalah ujian Allah. dan Allah dah janji yang ujian yg dtg bg kita adalah ujian yang mampu kita tanggung. maka dengan ujian itu kita boleh buat something utk menghadapi ujian tersebut.

fikirkan. kita kalau nak satu perubahan, bagi saya kita jgn tekel benda yg besar dulu, tapi tekel bende2 kecil dulu.. tekel akar umbi nya... saya berharap dengan penulisan ini akan membuatkan kita berfikir yang kita perlu lakukan something dlm kehidupan kita... dari sini diri seseorang itu boleh diperbaiki dan menjadi mantap.. untuk negara islam tertegak, tak boleh kita terus straight membuat pengistiharan yang negara kita islam tapi individu yang hidup bersama2 kita takde izzah atau kesedaran tentang islam..

maka, penulisan saya bertujuan untuk mula2 memantapkan diri-diri individu-individu muslim.. kemudian bergerak kepada baitul muslim, masyarakat muslim dan akhirnya negara muslim. menurut as-syahid hassan al-banna pun, sesebuah negara islam tidak akan tertegak kiranya turutan ini tidak diikuti.. cuba bayangkan, negara islam hadari kita saya rasakan hanya pada nama kadang kala tu, tetapi bagaimana kualiti individu-individu nya? bagaimana pemimpinnya?

maka, melalui tulisan inilah saya cuba mengajak saudara-saudari sekalian untuk berfikir dahulu.. fikir tentang diri kita.. takkan nak biarkan diri kita sebegini...maka, daripada muhasabah tersebut dan juga hidayah Allah, individu tersebut akan berubah.. dan kemudian apabila telah mantap maka individu tersebut mampu utk memberi ilmu dan kesedaran kepada yang lain.. maka dengan ini tersebarlah kesedaran kpd majmuk.

cukup buat kali ini.

(shah) 샿룰™ said...

good i got to make you to think...

nonsense... haha... itu adalah p'nyataan apabila kita dah buat sumthin' but really nothin' happened...

tackle small things first... my point is even to tackle small things... peeps hear but they don't tend to listen... make them listen, make them move...

itulah yg dinyatakan 'Allah tidak akan m'ubah nasib satu kaum melainkan kaum itu sendiri m'ubahnya... ilal akhiril ayat...

but let me remind you... wuteva you meet in ur journey as a muslim... never judge people... sentiasa b'sangka baik... husnulzon... don't be judgemental... kerana saperkah kita hamba Allah nie nak menentukan hamba2-Nya yg lain...

dah lama aku x baca hadith so skill cam dah lapuk sket ok... apa pun i'll end it with ilal liqo'... assalamualaikum...

aie144 said...

betul.. selalulah bersangka baik.

dalam konteks ini saya kira mungkin pengarah iklan itu jahil. orang yang bukan Islam. tidak sensitif dll.

namun, konsep husnulzon itu tidak boleh kita jadikan alasan utk kita berdiam diri dengan maksiat yang berlaku di depan mata. contohnya anda lihat anak kecil solat dengan seluarnya ada bekas najis. kita bersangka baik yang mungkin budak ini tidak mengerti atau masih belum mumaiyiz. tapi dalam konteks lain, teguran adalah WAJIB kerana jika tidak, mungkin budak ini menganggap perbuatan itu tidak mendatangkan masalah dan lambat laun beliau tidak menghiraukan kebersihan pakaian seperti kencing berdiri lalu gunakan pakaian yang sama utk bersolat.

maka, sama juga dengan konteks iklan syampu ini. kita mesti ada suatu keazaman yang kita perlu menolak benda ini. menegur kesilapan ini. sebab kalau tidak, mungkin adik2 kita, atau anak2 kita menganggap benda ini normal, maka seterusnya berpeluk antara bukan muhrim dan seterusnya menjadi suatu norma yang tiada kesalahannya. mungkin ini perkara biasa yang menjadi kebiasaan pada masa akan datang kalau kita tidak ada inisiatif langsung.

maka, tidak wajarlah kalau kita hanya bersangka baik tetapi tiada izzah utk memperbetulkan yang salah. tulisan ini dijadikan satu cara utk menyatakan teguran itu. Rasulullah pernah bersabda yang jika kita nampak sesuatu yang salah, lakukan dengan tangan (kuasa), jika tidak dengan lidah (perkataan, penulisan) ataupun di dalam hati, dan di dalam hati itulah selemah-lemah iman.

kerana saya tiada kuasa untuk menghalang iklan itu daripada disiarkan, maka ini adalah medan saya. insya allah harapnya allah berkati..

Anonymous said...

bravo2, lebih sensitif kite kpd penyakit ummat, lebih berkewajipan utk kite mengubatinye.

ihsan_huhu said...

yer2..apepon..slalu r menyampoo rambut agar xberbau busuk.. aku nk botak nih xdek mesin lak..isk2

Anonymous said...

salam alaik.
keadaan mcm ni buat kite lagi sedar di tahap mana kita sekarang. jauh dari tahap k'gemilangan Islam kalau kite singkap n compare keadaan kita sekrg dgn keadaan umat t'dahulu, ya Allah, jahiliyyah kah kita??
mari same2 muhasabah diri. fikir dalam2 kedudukan kita. bila dah dpt jawapannye, xguna kite omong2 kosong b'debat ttg k'sedaran tu.
jom kita sama2 p'lengkapkan diri dgn ilmu2 Allah, hampirkan diri dengan Allah, dgn cara ni, i'Allah di p'mudahkan urusan kita utk ubah keadaan kita sekarang kepada yg lebih baik.
keadaan kita sekarang xkan b'ubah dgn sekelip mata...tp dgn k'sedaran yg ada ni, mudah2an generasi cucu-cicit akan t'pelihara, akan meningkat k'fahaman ttg hakikat dan k'manisan Islam, nikmat t'besar Allah kpd manusia..subhanallah.
petikan kata2 imam as-syahid hassan al-banna, 3 cara-cara am utk b'dakwah ialah iman yg m'dalam, p'bentukan yg rapi dan kerja terus menerus...
konklusinye,
utk pastikan dakwah kita b'kesan, ana b'pesan pd diri sndri n sahabat2 yg m'baca, mari kita lengkapi diri kita, mantapkan iman dan ilmu dan istiqamah dlm p'juangan kita ini...
wallahu a'lam.
salam ukhuwwah

Anonymous said...

jgn beli sunsilk. syampu itu banyak bahan perosak.