Apabila Ihsan Memberi Tazkirah...
Tadi lepas Maghrib, sampailah waktu giliran Ihsan bagi tazkirah kat rumah. Katanya pasal boikot2 ni. Katanya ada satu member dia cakap la pasal boikot Star Bucks la, sebab support Israel. Lalu Ihsan tanya la sebab apa kita kena boikot Star Bucks tu.
Lalu kawan dia cakap la, "Orang suruh boikot, boikot aje la".
Ihsan cakap la, patutnya terangkan lah tentang mcm mana Starbucks ni menyalurkan duit kepada Israel, sekurang2nya an explaination. Rasa sedikit tidak puas hati. Mungkin la boleh bagi penerangan ke. Contoh nya mcm mana keuntungan yang banyak yang Starbucks peroleh, untuk mengelakkan daripada bayar tax, maka disalurkan kepada mana2 pihak yang dirasakan bersesuaian, dalam konteks ini, Starbucks salurkan kepada Israel, ataupun sekurang-kurangnya pertubuhan di bawah sayapnya. Sekurang-kurangnya kita ada cuba untuk memberi sedikit fakta kepada mereka yang tidak tahu. Bukannya "Aku cakap ini, Kau kena buat ini..."
Saya bersetuju juga dengan Encik Ihsan. Fikirkan, macam mana Orang Kristian masa Dark Ages dulu, bagaimana paderi-paderi mereka mempraktikkan idea sebegitu. Setiap arahan yang dikeluarkan gereja harus dipatuhi. Jika tidak, padah akan menimpa.
Sama juga dalam konteks ini. Kita taknak la dalam usaha kita berdakwah pun, kita masih lagi begitu sempit. Begitu kolot dalam berfikir.
Sebagai satu contoh lagi. 'Mereka' yang kita anggap sangat baik. Sampai ber 'ana' dan ber 'anta' bila berjumpa. Tapi bila jumpa kalangan mereka yang katakan simpan poster bola ke, ataupun minat lagu Inggeris lelaki yang liriknya tak melalaikan ke.. Ataupun minat terhadap bola ke..Etc.. Mereka menganggap orang yang sebegini telah lupa asal tujuan dan juga tidak tetap pendirian. Tidak istiqomah dan sebagainya. Padahal benda-benda ini kalau kita fikirkan, sangat remeh pun. Tak mendatangkan masalah terhadap iman ataupun amal pun kiranya. Sebab banyak lagi benda-benda besar yang tak dicuba tackle. Contohnya kerja dakwah sesama kawan-kawan kita, keluarga kita yang masih dalam keadaan alpa tu. Kita biarkan aje. Tapi yang bende2 kecik, yang sesama kita buat ni nak disibuk-sibukkan. Apa yang kita dapat akhirnya? Yang menegur sakit hati sebab orang tu 'tak sama baik' dengan kita, dan ditambah lagi jika tidak diikuti. Yang ditegur pula sakit hati juga, sebab rasa apa yang dibuat itu tidak lah salah menurut syarak. Sakit hati kerana dituduh tidak tetap pendirian.
Alangkah baik jika kita berbaik sangka. 'Husnulzon' bak kata En Chef. Lagipun sangat dituntut dalam Islam. Orang yang nak menegur tu tak jadi menegur sebab mereka bersangka baik yang orang yang henda ditegur tu mungkin tidak terganggu dengan apa yang mereka minati, dan yang ditegur itu bersangka baik yang kawan yang menegur itu mungkin ingin menasihati supaya tidak hanya melihat bola, muzik etc. sebagai suatu kehidupan semata-mata.
Alangkah indah jika kita tidak menaruh sangka buruk terhadap sesama kita. Sesama saudara yang sefikrah dengan kita. Dalam contoh Starbucks tadi dan juga contoh dalam contoh minat seseorang tadi juga.
So, mesej untuk dibawa pulang:
1) Kita perlu thoroughly dalam berdakwah. Kalau orang tanya, jawablah.. Jangan sombong. Kalau tak tahu, refer to orang yang lebih arif. Lagipun, berapa ramai orang yang sombong dari orang terdahulu yang Allah binasakan? Dari Iblis, Qabil, kaum nabi Nuh, Lut, kaum Yahudi dll. Semuanya binasa dan dilaknat.
2) Selalulah berbaik sangka sesama sahabat kita selagi apa yang sahabat anda lakukan tidak menyalahi syarak dan tidak menjatuhkan iman. Jika anda tidak berbaik sangka, benda yang anda fikirkan mungkin menjadi fitnah yang menjatuhkan sahabat anda itu dikemudian hari. Kalaupun sahabat anda berbuat salah, berbaik sangka yang sahabat kita tidak tahu, kemudian nasihatlah dengan nasihat yang baik. Akibat yang mungkin hadir, iaitu fitnah, mungkin menyebabkan kesatuan umat sebagai satu entiti Islam tidak akan tercapai. Maka, sampai itulah sahabat-sahabat kita yang berperang di Palestin, di Lubnan, di Iraq, di Kashmir dll akan terus berperang sebagai mana mereka berperang kerana mereka orang Palestin, orang Lubnan, orang Iraq, orang Kashmir dll yang berperang untuk tanah air mereka, bukannya sebagai satu alliance yang diikat atas ISLAM.
Maybe anda kurang bersetuju. Tapi ini adalah apa yang saya fikirkan. Pendapat saya.
Selagi kita masih disibukkan dengan benda-benda kecil sampai diabaikan perkara yang lebih besar, dan juga tidak telus dan tulus dalam niat seharian kita, sampai itulah kita tidak akan berjaya.
2 comments:
cis..camne aku leh miss post yg mempunyai gambar sebergaya ini? hoho
Very nice site! » » »
Post a Comment