Tuesday, July 25, 2006

Al-Fatihah buat Allahyarham Hani Mohsein Hanafi..

Ucapan takziah ditujukan buat Allahyarham Hani Mohsein Hanafi dan keluarga, serta budak Koleq '81. Berita kembalinya beliau ke rahmatullah disampaikan oleh ayahku dan juga Berita Harian.

Al-Fatihah.

"Kematian tidak mengenal usia. Semalam kita ketawa, tak semestinya hari ini kita masih sama kerana mungkin tangisan menjadi iringan kita ke liang lahad. Sedarkan diri wahai sahabat sekalian. Pintu taubatmu masih terbuka, selagi hayat tidak sampai ke rongga kerongkong kita.

Bertaubatlah... Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat. Selalulah beringat akan datangnya ajal, kerana ajal tidak mengira masa. Mungkin esok, mungkin minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan.. Siapa tahu? Kecuali Allah...

Jadilah orang yang bijak pandai. Selalulah beringat akan matinya kita. Kerana orang yang mengingati mati adalah orang yang paling bijak dan beruntung.... Insya Allah, mereka telah pergi dahulu, dan kita bakal mengikuti mereka!" -aie-

2 comments:

Anonymous said...

takziah kepada keluarga super senior kita.kematian akan mengejar segala yg baharu..thanks atas peringatan.moga kita dipanggil semula dalam keadaan yg sempurna imannya.

Anonymous said...

Keep up the good work » »