Hambanya melalui ranjau yang sangat jauh... Hanya semata-mata mencari keredhaan mu ya Allah.. Hanya di Kau sebagai Ilah ku..
Monday, July 31, 2006
Down..
Sungguh berat ujian yang Allah berikan buatku kali ini. Mungkin kerana dosa-dosaku yang lalu... Allah inginku mengingatkanku supaya mengingati Allah lebih dari yang lain...
Dalam derita ada bahagia Dalam gembira mungkin terselit duka Tak siapa tahu Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar Tapi hatilah yang remuk menderita Insan memandang Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir Terimalah dengan hati yang terbuka Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur Di setiap kali ujian menjelma Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa Diuji tahap keimanan Sedangkan ramai terbiar dilalaikan Hanya yang terpilih sahaja Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala takdir Terimalah dengan hati yang terbuka Walau terseksa ada hikmahnya
Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi Segala ujian diberi Maka bersyukurlah selalu
Sesungguhnya dengan kesusahan itu didatangkan kemudahan... Al-Insyirah 5-6.
Allah pasti akan mendatangkan kemudahan bersama dengan kesusahan yang kita hadapi untuk meringankan beban yang kita tanggung. Kerana Allah mengetahui betapa lemahnya diri kita sebagai umat. Andai ada kesusahan, jangan dilupa pasti akan ada kesenangan seiring dengan kesusahan, dan kita tidak akan mengetahui bentuk kesenangan itu... yang nyata, semuanya datang untuk menguji iman di dada ini. Bumi bukanlah taman hukuman mahupun taman kurniaan. Kehidupan ini hanyalah satu ruang ujian yang akan menentukan nasib kita di akhirat kelak. Kita berusaha sedaya upaya untuk mencapai syurga kerana di sanalah sebenarnya kehidupan. Kehidupan yang abadi, tidak terlangkau waktu ketika. Namun bukankah kita yakin nikmat syurga itu adalah pasti, bagi mereka yang berusaha untuknya.. insyaAllah...
5 comments:
salam
sedang down eh, whatever it is, harap bersabar k.. ujian Allah tu kan menandakan Dia masih sayangkan kita. Semoga tenang selalu=)
RAHMAT UJIAN
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
apa kena kau labu?
salam alaik..
hopefully u r in good condition now, insyaAllah..
hasbunallah wanikmal wakil
nikmal maulana waanikman nashir
bila hati gelisah
tak tenang, tak tentram
bila hatimu goyah
gelisah, merana
jauhkah diri ini dar Tuhan, dari Allah
hilangkah dalam hati dzikirku, imanku
hanya dengan Allah
hatimu akan menjadi tenang
dengan mengingat Allah
hilangkah semua kegelisahan
cukuplah hanya Allah
hati bergantung, berserah diri
-kembali pada Allah...by,Opick-

Post a Comment