Rabu. Ketika hendak tergesa-gesa ke kelas. Nizam, Muslim dan aku. Jam dah menunjukkan pukul 7.45pagi. Rasa sempat sampai sebelum 8 pagi. Paling tidak 8.10pagi. Disini menjadi kebiasaan, kelas/kuliah bermula 10min selepas masa yg sepatutnya dimulakan. Maka, kami dengan yakin akan sampai pada masanya di Sekolah Perubatan apabila tiba-tiba kami melihat bas melencong untuk keluar ke jalan biasa instead ke landasan Obahn. "ROAD CLOSED".
Argh! Ada accident rupanya pagi itu. Satu bas Obahn tergelincir daripada landasannya hanya selepas memasuki landasan Obahn di Klemzig Interchange. Maka perjalanan dari Paradise ke Klemzig perlulah melalui jalan biasa, pergi dan balik. Pergi ikut North East Road, dan balik ikut Payneham Rd dan juga Lower North East Road. Argh. Kami lambat hari tu. Nizam lambat untuk PBL nya. Manakala aku dan Muslim lambat ke lecture. 8.20 kami sampai. Nasib baik lecturer pun lambat. Naik Obahn juga rasanya. Hahaha...
Kehidupan memang macam tu. Selalunya elok aje. Kadang kala tersangkut-sangkut. Tapi kehidupan yang baik apabila yang sangkut-sangkut tu adalah jarang-jarang dan apabila berlaku, cepat-cepat ia diatasi. Macam Obahn. Petang Jumaat dah OK dah landasan. Dah boleh pakai landasan antara Paradise dan Klemzig.
So, memang menjadi lumrah kehidupan ada ujian. Nabi pun ada ujian. Malah lagi teruk. Lagi dasyat. Ada masa kita leka. Lupa akan tujuan kita dijadikan dimuka bumi. Ditimpa dengan pelbagai-bagai masalah. Duit, studies, kawan2, exam dll.
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Sekarang. Kita rasa ada tak ujian kat diri kita. Ataupun kita OK aje setiap masa. Takde apa masalah. Hidup senang hati. Duit cukup. Study hebat. Tak study pun score. Dan lain-lain. Maka. Kita takde ujian. So, boleh dikonklusikan dari ayat diatas, tanpa ujian, kita tak beriman lagilah kiranya. Kalau tak beriman, menjadi asbab untuk Allah masukkan ke neraka. Celaka lah diri kalau dimasukkan ke neraka.
Tak beriman? Maybe ada yang tak suka kepada pernyataan ini. Kenapa pula, memang dah terbukti. Bukti dari ayat ALLAH lagi. Dari Buku Panduan Hidup kita lagi.
Maybe Allah bagi nikmat utk hambanya. Maybe juga Allah bagi kita kesenangan supaya kita makin lupa padaNya. Bila lupa, makin jauh kita dari Allah.
Maka, jom kita fikirkan balik. Macam mana kita. Kalau kita OK, adakah mungkin sbb Allah redha kat kita ataupun sebab Allah nak biarkan kita. Nak tgk kita makin jauh dengan Dia ataupun tak. Macam Qarun. Dapat harta yang melimpah ruah. Tapi lupa diri.
Kalau kita ada masalah, ujian, maka sabarlah. Maybe Allah nak bersihkan dosa-dosa yang lepas. Maybe Allah nak tgk seberapa kuatnya kita hadapi ujian. Untuk naikkan darjat disisiNya. Sedangkan nabi sendiri banyak ujian. Contohnya Nabi Muhammad. Kekasih Allah tu. Mcm mana ujian2 yang datang dihadapinya dengan redha. Contohnya time perang Ahzab. Digoncangkan hati Nabi dan orang-orang beriman masa tu dengan serangan luar dan dalaman. Luar dari kumpulan-kumpulan kabilah yang bersatu utk jatuhkan Madinah seterusnya nak hancurkan agama Islam. Dari dalam daripada golongan Yahudi Madinah dan juga golongan munafiq. Begitu teruk. Itu tak tambah lagi dengan permasalah semasa berdakwah. Di Mekah sangat teruk. Pemulauan. Dan lain2. Tapi Nabi sangat redha.
Insya Allah. Kita sama-sama muhasabah diri kita. Tengok mcm mana diri kita. Sama macam Obahn. Ada masalah kita servis. Ada masalah dalam diri, kita refer balik pada Quran dan Hadis. Refer pada org yg lebih alim. Sebab proses ini memerlukan kita saling mengingati. Sebab perjuangan kita lebih luas dari apa yang kita nampak. Perjuangan kita bukan stereotype utk study shj. Utk study aje. Utk jadi doctor aje. Tapi lebih dari itu. Maka. Mulakan dengan perjuangan dalam diri dulu. Keluarkan jahiliyah yang ada. Kerana jahiliyah dalam dirilah yang akan menghalang proses pembentukan diri yang faham akan tujuan dia dihidupkan di atas dunia ini. Insya Allah...
"Perjuangan bermula dengan tasbih kafarah dan disudahi dengan Al-Fatihah..."