Terlihat program selama sejam di SBS hari ni, buat diriku mahu berkongsi. Bercerita. Bagaimana pemikiran 'adik-adik' ku yang bakal menempuh umur 13 tahun ini.
Pertamanya mereka bercerita tentang bagaimana cara yang sepatutnya dilakukan untuk menjadi seorang yang cool. Yang dapat mendapatkan perhatian rakan-rakan mereka. Menjadi sebahagian dari mereka. Contohnya bermain games di hadapan komputer, selain YM/MSN Messenger dll.. Kemudian keluarlah cerita tentang seorang yang bermain ballet. Lelaki. Yang berceritakan persepsi rakan-rakan mereka tatkala mereka tahu dirinya ikuti kelas ballet. Malu. Segan. Gay la, lembut la..itu la, ini lah.. Tapi dia tetap dgn pendiriannya. Tegas.
Kemudiannya hal handphone. Bagaimana mereka mengambil kira tentangnya. Sukanya. Bagaikan kanak-kanak yang mendapat patung Barbie ataupun Bob the Builder. Hmmm..
Tiga. Seks. Rancak perbincangan mereka. Bilalah mereka patut buat seks. 13? Lewat dari itu? "Kita tak matang lagi...". "Kita boleh mencuba..". "Kita tak patut membiarkan orang tua membuat keputusan untuk kita..". Dan lain-lain... Hingga.....
"Kami sebagai org Islam tidak dibenarkan ada seks sehingga kami kahwin. Islam tak membenarkan..". Kata seorang remaja Muslim yang lengkap bertudung.
Hangat jadinya forum itu. Sungguh! Maka timbullah soal tentang Islam. Macam mana mereka menerima Addin itu dalam kehidupan mereka. Dan dalam melaksanakan kewajipan yang telah diperintahkan. Apa yang mereka faham. Keluarlah video tentang satu sekolah Islam di Sydney. Terbuka mata org2 putih tu. Takde la hanya pegang senjata aje. Terrorism jauh lagi. Lagi. Betapa paranoidnya mereka.
Itulah ketika. Ketika dimana remaja-remaja yang lain mengaku supaya tidak lagi dibrandkan seseorg berdasarkan agamanya dgn sesuatu yang kadang kala tidak munasabah. Tidak faham? Terrorism maksud saya. "..".We should not think like our grandparents teached our parents and the same way our parents told us about Muslim."
Fikirkan sejenak. Bagaimana keadaan orang yang dilahirkan sebagai seorang Muslim mengekalkan Deen nya. Bagi saya ada 3:
1)Sungguh-sungguh mempertahankan apa yang telah diperoleh. Serta menambahnya lagi. Sebab iman manusia bukan lah seperti malaikat. Ada naik dan turunnya. Maka, sentiasa beringat. Ingat mengingati. Carilah ilmu lagi. Dan beramal seolah-olah esok akan mati.
2)Biar aje la. Malas. Buat apa nak tambah lagi. Aku dah pass SPM dengan agama aku pass. A1 lagi. So, biar aje la. Rilek la. Asalkan solat, puasa.. Cukup la. Tak payah la jaga tepi kain orang. Bukannya aku buat jahat. Tak minum arak pun.
3)Ah, buat apa nak cakap pasal Islam ni. Isk.. Malas la. Tak rock la. Kalau mengaku Islam, susah nak geng dgn diaorg. Org putih lagi senang nak bergaul dengan kita. Boleh buat benda2 yang terlarang. Ikut aje la diaorg. Senang hidup. Lagipun, orang Islam, selagi dia Islam masuk syurga kan? Ala, dah tua-tua pergi la surau. Muda-muda enjoy la..
So.. sekarang kita fikir balik di mana kita. Nak sama ke dengan pemikiran remaja-remaja 13 tahun ini. Ataupun orang Non-Muslim ini. Sama aje kita dgn diaorg ke...?
Apakah tugas kita, sebagai manusia... Jangan tanya orang yang tidak mengetahui.. tapi cuba kita tanya diri kita, apa yang Ilah kita telah sediakan kita... Maka. Marilah sama-sama kita refer apa yang Allah dah sediakan untuk kita di muka bumi ini. Tugas kita..:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (Az-Dzariyat ,51 : 56)
Maka. Konklusi diskusi hari ini...:
1) Kita tak sama dengan diaorg yang bukan Islam. Dan pemikiran org Islam yang faham tentang tugasnya tak sama dengan pemikiran org Islam yang tak faham.
2) Jangan jadi seperti orang kebanyakan. Kebanyakan in the sense of hidup kita tak sama dgn hidup org lain. Memang la. Siksa. Nak buat tu tak boleh. Ini tak boleh. Tak usah sesal kehidupan seperti itu. Allah dah janji...
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah.” ( Al-An’am,6 : 116 )
Seperti soalan terakhir pengacara forum Inside tadi.. "If you become PM in the future, what is the first thing you do?" dan jawapan seorang remaja "No HOMEWORKS..". Erm, maka. Pemikiran seperti inikah? Inikah yang mereka boleh fikirkan?
3) Bersama-sama kita saling mengingati. Manusia sentiasa lupa. Cuma manusia yang bijak itu mengambil pengajaran atas kesilapan mereka agar tidak berlaku lagi yang sama.
4) Fikir kembali. Kita yang dilahirkan sebagai seorang Muslim di negara Islam ini, bagaimanakah kita menjaga iman yang Allah berikan itu? Bandingkan dengan mereka yang mendapat Islam dengan mencarinya sendiri.. Dan juga berada di tengah2 tempat asing yang tidak menjanjikan kebahagian yang lahiriyah kepada mereka yang menganut agama Islam. Sekurang2nya.
Cukup lah sampai disini. Assignment "Childhood Anxiety Disorders" perlu disambung. Jenuh. Kadang kala rasanya mcm tak berkaitan langsung dengan medicine. Buang masa. Nak buat mcm mana. Tak buat tak pass medicine. Mcm syariat juga. Kepatuhan itu penting.
Noktah.
2 comments:
baru start buat blog??? erm.. awak tahu, membaca blog ni mengingatkan sy dgn diri awk dulu... jauh berbeza kan pemikiran awk dlu dan skrg??? =) esp ttg perkara yg dlu amat menakutkan sy... huhu.. alhamdulillah... gembira melihat awk gembira... gembira dgn diri awk skrg... gembira jg kerana apa yg tlh berlaku sbnrnya ada hikmah2 di sebaliknya.... jaga diri n good luck in studies... moga awk sentiasa dirahmati Allah.. ameen
manusia selalu berubah. baik kepada jahat. jahat kepada baik. apsal ek? camne ek? itu yg kite kene pikirkan. mari kembali kepada fitrah
Post a Comment