Antara Lelaki, Perempuan dan Cinta Remaja...
(terbitan semula. atas permintaan ramai. hayati maksud tersirat. fikirkan)
Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina.
KAMI HANYA BERBUAL-BUAL, BERBINCANG, BERTANYA KHABAR,MINUM-MINUM DI KAFE. ADAKAH ITU MENGHAMPIRI ZINA?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
"Macam ini sebenarnya cara pergaulan dalam Islam.." kata Nizam kepada Niza. Serius. Tak main-main. Benda sungguh2 ini (lakonan semula)
Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat ,pesanan Rasulullah :Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan (Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
TIDAK SEMESTINYA SEMUA ORANG BERCINTA MENJURUS KEPADA PENZINAAN. ADA YANG BERCINTA DALAM TELEFON DAN HANTAR SMS SAHAJA. TIDAK PERNAH BERSUA MUKA PUN!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang
pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan
perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama
tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa
kepada perzinaan akhirnya?
TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK BOLEH? ITUPUN ZINA KE?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu
berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan
zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN TAK BOLEH KE? BINCANG PELAJARAN SAHAJA!
*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-
hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh
Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi
macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
SUNGGUH! BINCANG PELAJARAN SAHAJA. NI STUDY GROUP. *(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul ke bincang pelajaran?
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan
fantasi cinta!
TIDAKLAH. SUNGGUH BERBINCANG PELAJARAN.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang
sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah
manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
KAMI BERDUA SAMA-SAMA BELAJAR, STUDY GROUP, SALING MEMBERI SEMANGAT DAN MOTIVASI.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
TAKKANLAH TAK ADA LANGSUNG RUANG YANG DIBERNARKAN DALAM ISLAM UNTUK BERCINTA? ADAKAH ISLAM MEMBUNUH TERUS NALURI CINTA?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan
nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan
itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
TENTU ADA CINTA SECARA ISLAM.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas
kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
KALAU BEGITU, CINTA REMAJA SEMUA MENGHAMPIRI KEPADA PENZINAAN?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan
dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.
Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.
Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan
penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan
kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
MASIH RAMAI ORANG YANG BERCINTA TETAPI TETAP SELAMAT TIDAK SAMPAI BERZINA. KAMI TAHAN DIUJI.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak
tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.
JADI MANUSIA ITU TIDAK TAHAN DIUJI?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya
tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan
pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim(al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
TETAPI CINTA SELEPAS KAHWIN BANYAK MASALAH. KITA TAK KENAL PASANGAN KITA SECARA DEKAT. BERCINTA ADALAH UNTUK MENGENAL HATI BUDI PASANGAN
SEBELUM BUAT KEPUTUSAN KAHWIN.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan
yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.
Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan
tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Kalau mahu mengetahui peribadi pasangan, itulah sebabnya Islam ada membuat pertunangan. Tetapi pertunangan juga ada batasan yang sama seperti sebelum kahwin. Syarat-syarat semasa dalam pertunangan juga sama ketika sebelum berkahwin. Hanya perkahwinan sahaja yang menghalalkan perkara-perkara yang haram antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Jika mahu mengenali hati budi pasangan, adalah dicadangkan supaya pasangan tunang itu bertemu sahaja di rumah pasangan masing-masing bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Bukankah itu lebih baik? Keluarga dari kedua-dua belah pihak boleh mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat lagi.
PERCAYALAH, KAMI BERCINTA DEMI MERANCANG KEBAHAGIAAN HIDUP NANTI.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai
Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah
adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah
mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
TANYA SIKIT, ADIK ANGKAT, KAKAK ANGKAT, ABANG ANGKAT BOLEH KE? GANTI BERCINTA
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas
baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang
angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah
sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.
JADI SEOLAH-OLAH ORANG YANG BERCINTA TELAH HILANG MARUAH DIRI?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang
sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
ADAKAH ORANG YANG BERCINTA HILANG MARUAH?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang
bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.
Allah berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
JADI ORANG YANG BERCINTA HANYA LAYAK BERKAHWIN DENGAN ORANG YANG PERNAH BERCINTA JUGA?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap
pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
SI DIA INI LAIN DARI YANG LAIN. DIA LELAKI YANG PENYAYANG DAN BERTANGGUNGJAWAB.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai
isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.
Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan
kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
JADI, PEREMPUAN YANG BERCINTA, JATUH MARUAHNYA PADA PANDANGAN LELAKI? (tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan.
Itulah hakikatnya.
MASIH ADAKAH ORANG YANG TIDAK BERCINTA DI ZAMAN INI?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka
kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang
memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah
menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35)
BAGAIMANA KAMI?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
KAMI INGIN MENDAPAT REDHA TUHAN. TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
1)Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2)Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3)Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan
seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah
semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah
menjadi suami isteri.
Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan
penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku
untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada
maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga
diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu ini berdosa
Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat
mu.
KITA BERPISAH KERANA ALLAH, KALAU ADA JODOH,
TIDAK KEMANA!
7 comments:
setuju.
formula Allah yang Maha Sempurna dalam menentukan jodoh manusia:
An Nur : 26
percaya Allah tentukan ajal, maut, rezeki... manusia tidak ada masalah
tapi percaya Allah tentukan jodoh- manusia selalu ada masalah
sebab
ajal maut: lambat lagi
rezeki: hari-hari dapat
jodoh: sekali ni je- nak kene pilih betul2, kene lawa, perfect, adorable etc
nafsu + syaitan = sesat
relaks, yang perlu kita pilih bukan siapa tapi jalan mana.
serah kat Allah kan MUDAH.
sebenarnye fitnah pompuan ni dah jadi lebih luas, chat, tgk gambar, terigt, org bg comment kat blog (huhu). susahnye bile manusia jadi lebih berteknologi ni. Iman kene lebih2 berteknologi dan mantap aa lagi. Ya Allah lindungilah kami dr fitnah dunia yg membinasakan agama kami
ermm...x boleh nak salahkan pompuan semata2... salahkan kedua2 nya... kerana lelaki mpengaruhi pompuan dan pompuan mpengaruhi lelaki... yg menjadikan pompuan sentiasa difitnah kerana Allah telah jadikan wanita ni golongan yg mulia... jd mereka kena mjaga diri mereka.. menutup aurat dan sbgnya... sbb itulah apabila pompuan buat silap sedikit, fitnah nya lebih kpd pompuan... cuba lihat kes2 zmn skrg, lelaki memujuk rayu pompuan 'mencuba kelakian'nya... tanpa berfikir akibatnya... dan bila buncitnya perut si perempuan, masyarakat hanya melempar fitnah dan melihat ia kesalahan pihak wanita semata2... itulah realiti msyrkt skrg...(ermm.. di cni bkn nk katakan semua lelaki yg memulakan segalanya, kerana ada kes2 pompuan yg mulakannya dulu) tetapi fikirkan jg, tanpa persetujuan pihak pompuan pun, perkara2 camni xkan jadi.... jadi kedua2 pihak kena disalahkan.... spt hukuman yg Allah tetapkan kpd penzina2 sekalian... sama rata... tiada beza kan antara lelaki dan perempuan???
dan lelaki, sbg golongan yg Allah telah angkatkan darjat mereka sbg pemimpin keluarga, masyarakat, dan agama, kenalah mbetulkan persepsi msyrkt ini... jauhkan msyrkt kita dr fitnah2 yg x betul..dan pimpin golongan wanita kepada jalan yg benar.. bknnya menyalah gunakan kuasa sbg pemimpin ini ke arah jalan yg dilaknati Allah...
jd sbg kesimpulannya, sbnrnya dlm perkara spt ini, kedua2 pihak bersalah... dan ingatlah kedua2nya adalah hamba2 Allah..hanya Allah yg berhak menimbang kebaikan dan keburukan hamba2Nya... dan sbg hamba Allah, jauhila dr fitnah dan jgnlah menabur fitnah... dan kita sbg hamba Allah, sama2 berdoa spy umat Islam suatu hari nnt, dpt bersatu padu dan semuanya hanya beriman kpd Allah yg satu...kerana doa itu adalah senjata org2 mukmin.. =)
dan ttg saudara/i sblm ni ada menyebut ttg 'teringat'.. sy ingin bg pendapat sy... ermm.. rasa2nya x salah jika kita mengingati seseorg... sedangkan umat islam sdri disuruh mengingati dan slg memperingati antara satu sama lain... dan smmgnya sbg manusia biasa, kita mmg x dpt mengelak dr mengingati seseorg... cuma sy berpendapat, kita ingat dgn cara baik... kita berdoa!!!!!! jika kita rasa kita ingat akan seseorg, doa yg ingatan kita kepadanya/ mereka tidak melebihi ingatan kita kepada ALLAH... dan kita berdoa kpd Allah spy org yg kita ingati itu sentiasa dlm lindungan Allah dan mendpt rahmat drNya.. hhmmm.. ada satu hadis nih dlm koleksi sy-'doa seseorg bagi saudaranya dari tempat jauh adalah terkabul.' H.R Muslim
wallahu'alam
Betul.
Cuma buat apa kita tumpukan fikiran kita pada seseorang yang bukan sama jantina dengan kita. Maksudnya kita masih ada fitnah. Fitnah hati dalam diri kita. Maka, kita masih tak bebas daripada pemikiran yang membelenggu diri kita. Kita kata kita nak berubah secara total, tapi pada masa yang sama kita masih ada perasaan teringat pada seseorang yang kadang kala mengganggu emosi kita. Yang kadang kala merisaukan kita. Fikirkan. Kalau hanya sekadar teringat tentang saudaranya tanpa apa2 implikasi itu tak mengapa lah. Tapi kalau tension sebab saudara itu tidak membalas SMS atau tidak bertanya khabar (saudara yang sy maksudkan yang bukan sama jantina), maka itu sudah mendatangkan fitnah hati dlm diri kita, which lead to gangguan fikiran, studies dll.
So, cukuplah sekadar berdoa. Macam hadis tu. Tidak lebih dari itu. Dan yang penting, serahkan segalanya pada Allah. Macam komen 'Ankabut', kita selalu serahkan rezeki dan ajal-maut totally kepada Allah. Namun, jodoh kita ada take and leave. Macam tak berserah sepenuhnya kepada Allah. Ambil mana yang kita suka, dan tinggal apa yang kita rasa tak singnificance pada kita. Bukankah lebih indah kita serahkan TOTALLY kepada Allah.
Fitrah manusia, ingin rasa mengenali antara bukan jantinya. Namun, selagi diri tidak bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, perasaan ini hendaklah ditutupi dan dihindari. Jika sudah sedia, gunalah channel yang sewajarnya. Ibu bapa ada. Kalau tidak mampu, mintalah bantuan daripada mereka yang dah berkahwin. Untuk menyatukan antara 2 insan. Sebab mereka lebih mengenal hati budi lelaki/perempuan sebab mereka dah berkahwin dan duduk bersama. Secara sah.
Biarlah kalau mencari jodoh ini, yang penting bukan SIAPA yang kita mahu, tapi JALAN mana yang kita pilih.
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."Surah At-Taubah,9 : 71
ingat x ungkapan yang sering diperkatakan org??? usaha+doa+tawakal.. berusahalah dlm melakukan sesuatu perkara kerana dgn hanya berdoa juga Allah xkan beri apa yg kita inginkan... seperti ayat al-insaan:22 ' seseungguhnya ini adalah balasan untukmu dan usahamu adalah disyukuri(diberi balasan)' jadi dlm mencari jodoh pun,kita perlu berusaha sbnrnya... tetapi spt kata saudara aie, biarlah dgn channel yg betul... melalui ibu bapa... kerana satu lagi ayat dlm surah al-insaan:29 'sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya)nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya'. jadi usahalah secara baik dan tetapkan berdoa kepada Allah supaya kita mendapat jodoh yang diingini dan baik suatu hari nnt... insyaAllah...ameen... dan tetaplah bersabar kerana yang pasti, insyaAllah kebahagiaan akan datang kepada kita... jika tidak di dunia, fikirkanlah kebahagiaan di akhirat... wallahu'alam
dunia ini cantik dan hijau. sesungguhnya Allah menjadikan kamu khalifah dan Allah mengamati apa yg kamu lakukan, kerana itu jauhilah godaan wanita dan dunia. sesungguhnya fitnah pertama yg menimpa Bani Israel adalah godaan kaum wanita..-HR. Ahmad- sila check kesahihan hadith ni.
Post a Comment