Monday, April 17, 2006

Whyalla?

10 April 2006

"Ringtone Copacabana dan Ringtone Greeting" (masing2 dari handphone Sony Ericsson T630 dan K608i ku...).

Bangun dari katil jam 6 utk bersolat Subuh, dan terus bersiap sedia utk ke sana. Kembaraku kali ini disertai oleh saudara Niza, manakala saudara Muslim telah dihumbankan ke Port Augusta berseorangan (bersama2 11 lagi pelajar perubatan tahun kedua, yang mana kebanyakannya tidak pernah bercakap dgn Muslim). Kumpulan ku pula terdiri daripada 10 org pelajar perubatan (2 org termasuk diriku dan Niza, 1 org pelajar repeating 1st year..). Kembara ku kali ini mengambil masa 5 jam di atas bas charter yang disewa oleh Uni. Sebenarnya kumpulan Rural Week April 2006 ini terdiri daripada 3 kumpulan, di mana dibentuk daripada kumpulan ke Port Lincoln (3jam dr Adelaide), Port Augusta (4 jam dari Adelaide) dan Whyalla (5 jam dari Adelaide).

Gambaran pertamaku tentang Whyalla ini adalah.... PINK!! Ini adalah kerana bandar Whyalla adalah bandar yang sekian lama digunakan oleh OneSteel (salah satu syarikat besi Aussie) untuk memproses besi oksida @ ferum oxide kepada besi. Maka, hasilnya.. Berterbangan la debu-debu ferum oxide di sekitar kawasannya.. sebesar radius 2KM dari kawasan kilang itu.

Kembara ku tidak berhenti di situ. Kami tinggal di Mirambeena Motel di satu bukit yang tidaklah berapa tinggi, sangat berdekatan dengan Hospital. Briefing punya briefing, menyebabkan aku mengantuk dll... Tapi satu benda yang best, kami mendapat user name UNISA sebab komputer2 di situ menggunakan sistem UNISA.. "Apa lah yang best sangat??" Well, yang bestnya.. username ini unlimited internet and printing quota... So, berjaga2 la org2 UNISA.. Den nak menghabiskan boras korang..keh2..

11 April 2006

Subuh... "Niza, bangun... nak solat kat mana? Bilik aku ok?" Kata2 ku dipagi hari... Nasib baik ada teman.. Dapat solat jemaah sama2 tiap2 masa.. Mathurat selepas Subuh.. Alangkah indahnya... Kan2?

Apa lagi yang dapat kat situ? Interview patients dari Yeltana, Whyalla Aged Care.. Mengikuti produksi serta perjalanan hidup sebuah pusat penjagaan orang-orang tua dan mempunyai masalah minda.. Seperti? Dementia.. Selain itu? Latihan-latihan tambahan untuk clinical.. Seperti cannulation, blood taking, intubation, nasal feeding, dan plastering. Byk2 tu, intubation paling best.. Dan seriously I mean it.. Sebab apa? Mencabar utk memasukkan tube ke dalam trachea org (bukan ke oesophagus dan ke perut...) dan juga dalam masa yang sama tidak mematahkan gigi patient @ man-a-kind yang disediakan.
















Petangnya kami main bowling. Sungguh! Kerana hanya lah bowling yang menjadi penghibur bagi penduduk2 Whyalla (selain aktiviti minum dan mabuk yang selalu diadakan pada malam Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.. malahan lebih hebat dari Adelaide yang hanya gempaq malamnya tatkala tiba Jumaat dan Sabtu sahaja). Kami berpeluang bermain utk 2 game untuk selama 1 jam dan setengah. Keputusannya...? Game pertama dimenangiKU dgn mata 132.. Hehehe.. yang kedua dimenangi oleh Laurence.. Kasi can le kan..keh2...

Malamnya kami bosan. Maka. Pergilah ke pantai berjalan2.. Bermain2 di taman permainan kanak2.. Penat. Ye lah, dah lama tak exercise n beriadah.. Sebab tu makin comel. Keh2.. Lepas2 tu kami membuat api di pantai. Sukar. Mula2nya.. tapi akhirnya berjaya. Laurence dan Tarini berjaya 'meminjam tanpa memulangkan' lighter pakcik dari Yatch Club yang berdekatan. Borak2... dan kami pulang..

12 April 2006

Bangun... Diriku dikejutkan oleh dua handphone ku yang setia. Beserta jam loceng beradio yang disupply oleh motel. Terima kasih. Awal pergerakan kami. Ke Port Augusta. Bersama-sama kumpulan dari Port Pirie dan Port Augusta utk program Cultural Awareness. Erm, Aboriginal Cultural Awareness sebenarnya. Itu sahaja.

Berjumpa dengan Muslim. Happy dia. Katanya kehidupan nya penuh dgn berbahasa English. Haha.. Katanya Englishnya mesti fasih kiranya duduk bersama mereka selama 1 tahun. Main bola kami sementara tunggu program itu bermula. Dan kemudian duduk mendengar program itu. Kemudian makan. Solat. Jamak di dapur tempat perjumpaan itu. DAPUR?? Takpe2.. Asalkan solat.. Betul tak? Bumi Allah di mana2 aje..

Dolphin? Kami jumpa juga di sana. Best.. Dolphin liar bersiar2 di sekitar Port Augusta. Program yang agak bosan tu berakhir pada pukul 3.30pm. Kami bertolak pulang terus. Sama juga dgn kump dari Port Pirie. Tinggallah kump Port Augusta berakit-rakit ke hulu... (sebenarnya diaorg ada canoeing..).

Malamnya kami ada dinner. Farewell dinner. Bersama-sama komuniti perubatan di sana. Yang saya maksudkan 4th dan 6th year yang sedang mengikuti rotation di hospital dan GP yang terdekat di Whyalla. Makanan? Fish and chips.. Tapi yang kutidak tahan.. Arak yang berleluasa. Masakan aku biasa dgn arak yang byk. Sungguh! Tiap2 meja aku lihat arak. Tapi aku dapat berbual dgn seorg 6th year yang byk menceritakan tentang Whyalla.. Best2.. Teringin aku utk kesana semasa rotation clinical ku nanti..

Bosan. Aku ternampak Laurence berlari2 di luar tempat dinner tu. Dari stesyen minyak Shell. Kenapa? Diriku tertanya2.. "Aie, just run.." Maka aku dan Niza berlari sahaja ketika itu. Dan kelihatan ada dua org tiba-tiba mengejar kami. Panik. Aku berlari laju, selaju aku semasa form 1 dan 2 dulu. Ketika mereka stop dan kami pun stop, aku bertanya..."Laurence, why are you running just now?" Jawapnya "The man in the Shell store told us that Woolies will close at 10pm.. Have to hurry to buy marshmallow.. So that we can fried them beside the sea tonight.." Lorr... Ala, last2 tak dpt pun. Hampeh! Ni Laurence sedang kekecewaan tak sempat kejar kedai tu sblm tutup...


Maka kami buat api tepi pantai sekali lagi. Borak2. Dan pulang. Penat. 3.00am. Tidur. ZZZzzZZZzzz....


13 April 2006

Bangun agak lewat. Berkemas. Mana berus gigi ku? Isk.. Turun dan sarapan seperti biasa. Tak best pun. Makan toast and cereals.. Kalau ada air oren tu kira bernasib baik. Masukkan barang dalam bas. Kemudian bertolak ke hospital Whyalla yang sangat dekat tu.

Kami ada evaluation utk program itu. Questionnaires... DLL.. Habis. Bergambar. Senyum....
From left:(standing) me, Rob, Sam, Jo, Emily, Niza, Latifah. (sitting) Laurence, Tarini, Simran

Perjalanan pulang. 5 jam lagi. Kemudian tiba di pertengahan jalan. Makan fish n chips di Mobil. Banyak, kenyang...

Kami tiba di Adelaide pada pukul 3.15pm. Penat. Tapi sangat berharga pengalaman itu. Sungguh! Ingin ku pulang semula ke sana.. Tunggu lah..

Hospital Whyalla.... Cerombong tu tempat bakar mayat dulu....

Outback....

No comments: