Jumaat. Hari yang paling dimuliakan dalam banyak-banyak hari yang ada. Penghulu atau ketua bagi hari-hari lain. Banyak perkara yang telah dan akan berlaku pada hari Jumaat ini. Dan seperti biasa. Solat Jumaat tetap ditunaikan. Di bumi Adelaide sekalipun.
Sebab cuti aku tak ke Uni. Maka Jumaatku pada kali ini di Masjid Wandana. Dekat aje dengan Paradise, iaitu lebih kurang 5-7 minit drive. Tidak lah se gah mahupun seindah Masjid Putrajaya, Masjid Wilayah mahupun Masjid Ubudiah. Tapi tetap berkesan. Berkesan merapatkan ukhuwah antara muslimin di sekitar North East suburbs. Tanpa mengira kaum. Imamnya semua orang disini kenal. Baik orang nya.
Untuk pengetahuan pembaca, Adelaide sangat lah hebat dari segi komuniti Islam nya. Masjid di Adelaide saja ada lebih dari 4. Lepas tu Uni Adelaide dan UNISA ada banyak surau disekitar kampus nya. Tambah pula Uni Adelaide ada Solat Jumaat masa sekolah. Hebat. Dengan Masjid Adelaide City merupakan masjid tertua di Australia. Dah jadi National Treasure pun. Maksudnya? Tak boleh sesuka hati buat renovation dll tanpa kebenaran pihak antiquity. Sama macam Koleq juga. Nak cat balik Koleq* pun kena tunggu kebenaran pihak muzium dan antikuiti serta Khazanah Negara untuk beberapa ketika. Banyak kerenah.
Bercakap tentang solat Jumaat, teringat akan ayat Al-Quran yang selalu kita dengar. Dulu masa PMR kita belajar. Ingat lagi tak?
"Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu engetahui.
Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.
Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka berlari-lari menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Al-Jumu'ah,62 : 9-11)
1) Solat Jumaat tu penting. Sama pentingnya dengan mendengar khutbah dan menghayatinya. Tapi, ramai aje yang tak peduli benda ni. Datang lambat juga ke tempat solat. Ada yang datang awal pun tak buat apa2. Tak masuk pun dengar khutbah. Mcm di Union Building. Duduk bersidai di kerusi empuk luar surau. Berborak. Gelak ketawa. Bila dah nak habis khutbah barulah terhegeh2 merempuh lautan manusia untuk mengambil wuduk dalam surau. Menyusahkan. Seperti tak ada apa2 yang berlaku di dalam. Dahlah syafaat Jumaat tak dpt, sebab bercakap masa khatib bagi khutbah. Rugi. Sangat rugi.
2) Hidup dan kehidupan senantiasa berterusan. Tiada henti. Amalan duniawi pun selari juga. Berniaga, bermain, beriadah, belajar dll. semua bergerak seiring. Tapi yang penting, Allah kita dahulukan dalam apa pun yang kita lakukan. Apa jua situasi. Prioritize. Allah tu kita letakkan keutamaan yang paling utama. Yang lain2 tu menyusul. JANGAN letakkan benda2/keperluan diri yang lain dihadapan keperluan diri kita untuk Allah. Sebab tak berlaku adil. Tak berlaku adil = ZALIM kan? Nanti kita zalim. Zalim kepada Allah, zalim kepada diri sendiri. Contohnya kalau dah maghrib dan kita masih bermain bola. Walaupun tak puas lagi. Walaupun rasa nak main lagi.
3) Rezeki itu milik Allah. Apa yang kita dapat itu datangnya dari Allah. Kadang kala kita lupa benda tu. Kita hanya beranggapan bahawa rezeki yang kita dapat itu hasil usaha kita semata-mata. Lupa yang tanpa kesihatan, kesenangan dan ketenangan di hati, masa, kepandaian dan lain-lain juga Allah yang berikan. Tanpa benda2 tu, tak mungkin apa yang ada sekarang tu tercapai. Dan tak semestinya harta kita tu rezeki kita. Sungguh! Kadang-kala rasa kejab sgt harta tu dengan kita. Sedar2 dah hilang, kena curik ke, ataupun disedekahkan kepada orang lain. Sebab itu pentingnya syukur. Syukur itu adalah untuk mendapatkan BERKAT dalam rezeki yang diperoleh. Sebab tu ramai aje orang yang kaya tapi tak tenang, dan ramai pula yang orang yang tak kaya, kais pagi makan pagi, tapi kehidupannya sangat-sangat lah tenang. Sebab berkat apa yang diusahakan.Lagipun, tak akan habis rezeki kita. Selagi ajal belum sampai. Allah itu Maha Pemberi Rezeki.
So, diulang-ulang lagi. Syukur. Dan sabar. 2 komponen yang penting dalam kehidupan. Hidup lebih dirahmati. Tenang. Gelisah tu kurang. Sebab Allah berkati hidup kita. So, bila Allah redha dan berkat, segala apa yang dilakukan, seperti Allah yang jaga. Alangkah indahnya.
Insya Allah.
Nota kaki: *Koleq= Kolej Melayu Kuala Kangsar. Bahasa timang-timangan kami. Untuk kami. Semangat kami
1 comment:
wow
aie pon ada blog
=)
Post a Comment