Wednesday, April 19, 2006

Syukur dan Sabar

"Assalammualaikum.. Mama apa khabar? Sihat? Kerja mcm mana..? Babah mcm mana pula? Nana dengan Insyirah?...."

Teringat akan perbualan dengan ibuku tempoh hari. Rindu. Sungguh! Walaupun berjauhan beribu-ribu kilometer, namun ibu ku tetap yg utuh di hati. Yang utama. Selepas Allah dan RasulNya.

Berbual tentang kehidupan di Adelaide. Cerita tentang Rural Week di Whyalla. Masalah dengan persepsi statik sebahagian penduduk Australia. Terrorism. Skeptikal. Mengecam diriku kerana warna kulitku dan yang paling utama, AGAMA ku... Dan bermacam macam lagi. Ibuku pula bercerita tentang klinik di Melawati. Masalah dalam kerjanya. Nana yang bakal menghadapi exam mid year tak lama lagi. SPM nya tahun ini. Risau ibu melihat prestasi adik yang turun naik. Insyirah pula makin bijak kata ibu. Makin bijak dan nakal. Keletahnya. Hehe.. Rindu pada adik kecilku yang berumur 4 tahun 7 bulan itu. Maka, kami sentiasa berpesan sesama kami. Sabar Aie.. Sabar Mama.. Adalah hikmahnya disebalik sesuatu tu. Biasa lah tu.. Hidup dan kehidupan...

Dengan ayahku, jarang dikotakan permasalahan yang dihadapi oleh diriku. Sama juga sebaliknya. Masing-masing saling menguatkan antara satu sama lain. Tidak mahu membebankan pemikiran dan tenaga terhadap masalah yang sedang ada di hadapan mata. Rasa ayah ingin mendidik diriku menjadi lebih matang. Supaya lebih bersedia untuk menempuh cabaran masa depan yang entah bagaimana. Sayang babah!

Dunia oh dunia! Tidak pernah seseorang itu hidup tanpa masalah. Dan masalah itu sering datang dan pergi. Bagaikan bas O-bahn yang lalu perhentian Paradise Interchange. Tidak pernah senyap perhentian itu sehingga lewat malam. Begitu juga dengan kehidupan. Orang gila sahaja yang tiada masalah. Hidupnya senang. Ke mana kaki melangkah, di situlah dia berada. Hidupnya tidak perlu memikirkan tentang bil rumah yang meningkat setiap tahun, bil telefon dan internet, bil-bil eletrik, gas dan sebagainya.. Masalah tentang pengajian perubatan yang mencabar tapi menarik, hubungan saudara dengan pelajar-pelajar lain, dan sebagainya. Nasib baik aku tidak begitu. Tidak gila. Allah masih mengkehendakiku untuk terus berada di sini. Maka bersyukurlah aku dengan masalah-masalah yang hadir. Kerana masalah itu adalah nikmat. Sungguh! Kerana adanya masalah kita akan sentiasa mengingatiNya. Ingat kepadaNya kerana kita tahu, kita adalah hambaNya yang lemah. Yang sering memerlukan. Saling memerlukan. Syukur atas nikmat2 itu.
Bas OBahn- Kemestian setiap yang melawat/jaulah/bercuti/bersantai ke Adelaide.

Kadang kala kita lupa tentang nikmat-nikmat yang Allah bagi kepada kita tapi kita tak sedar. Tak nampak. Tak mahu fikirkan pun. Tak berterima kasih. Sebab apa? Senang sangat dapat. Dah selalu ada. Contohnya udara untuk bernafas. Tanpa udara tak ada lah proses respiration dalam alveoli kita. Lagi satu nikmat hidup. Tanpa nyawa, bernafas pun tak boleh. Apa pun tak jadi. Kaku.

Maka, mesej untuk dibawa pulang hari ini:

1) Kepentingan bersyukur. Kerana kita adalah hambaNya yang serba kekurangan. Kerana penghambaan kita kepada Allah memerlukan kita senantiasa bersyukur. Berterima kasih kepada Ilah kita. Kesyukuran kita tidak mendatangkan apa apa kepada Allah. Tidaklah bertambah kekuasaan Allah, mahupun bertambah keluasan langit dan bumi yang dikuasai Allah. Kerana apa yang kita lakukan untuk diri kita sebenarnya. Diri sendiri. Sungguh! Untuk mendapatkan keredhaanNya. Mendapatkan kasihNya. Sebab kita tidaklah bernilai walaupun sebesar zarah tanpa redha di sisiNya. SyurgaNya tidak akan kita kecapi tanpa redha Allah. Maka, kehebatan manusia adalah keranaNya jua. Yang mengangkat manusia lebih hebat dari Malaikat dan segala isi bumi. Kerana NYA.

'Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".'
(Ibrahim,14 : 7)

'Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.' (Al-Baqarah,2:152)

2) Selalukan bersabar. Masalah itu adalah ujian. Ujian itu insya Allah, Allah melihat sejauh mana kita berpegang teguh pada Allah. Percayakan qada' dan qadar Nya. Dengan keteguhan pegangan itu insya Allah tuhan menaikkan martabat hambaNya. DisisiNya. Tak sama orang yang diberi ujian yang berjaya ditempuhnya dengan berjaya dengan orang yang tiada ujian. Sebab nabi-nabi dahulupun diberi ujian. Lebih teruk. Lebih berat. Tapi ingat. Allah dah sebut dalam Buku Panduan Hidup kita....

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya......." (Al-Baqarah,2 :286)

Allah tak zalim terhadap hamba. Jauh sekali. Setiap ujian yang Allah datangkan tu Allah tahu yang kita mampu menghadapinya. Sungguh! Walaupun kita rasa yang kita tak mampu. Susah rasanya. Memang. Tapi fikirkan disebaliknya. Allah lebih kenal diri kita lebih dari diri kita mengenali setiap inci anggota badan serta perasaan kita. Maka sudah tentu janjiNya benar.

Satu hadis yang best, yang ingin saya kongsikan bersama saudara-saudaraku...

"Abu Yahya (Shuhaib) bin Sinan Arrumy r.a. berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin sebab segala keadaannya untuk dia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: Jika mendapat nikmat dia bersyukur, maka syukur itu lebih baik baginya; dan bila menderita kesusahan dia sabar, maka kesabaran itu lebih baik baginya." (Riwayat Muslim.)

Konklusi: Banyakkan bersyukur dan bersabar. Petua, kaedah, dan manual terbaik untuk menjadi seorang mukmin yang sejati.

Banyakkan berfikir. Kerana itulah hakikat kita hidup. Dan itulah kehidupan. Hidup dan kehidupan.

Titik.

2 comments:

Anonymous said...

setuju.

al hujurat : 17

itulah nikmat terbesar Allah pada hambanya.

tiada seorang pon peminjam pun di dunia yang ini yang akan memberi hadiah kepada orang yang meminjam kan barangnya setelah dipulangkan. x caye? g lah pulangkan buku kat library..ade library bagi hadiah? xde kan

tapi ada satu peminjam yang akan beri ganjaran pada peminjamnya..

itulah Allah yang mahabbahnya terlalu tinggi untuk dicapai..

dihadiahkan syurga bila kita pulangkan semula kehidupan kita sebaiknya..padahal kita mampu hidup itu pun da cukup nikmat..

al hujurat : 17
kenapa manusia masih degil?

wallahua'lam

aie144 said...

Terima kasih. Disini adalah baik kiranya diri saya menyertakan maksud Al-Hujurat,49: 17 supaya kita sama sama boleh mendapat petunjuk.

Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keIslaman mereka. Katakanlah: "Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaKu dengan keIslamanmu, Sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar." (Al Hujurat, 49 : 17)

Jazakallah khairan.