Maka, bermulalah episod 2nd term 1sem 2006 esok. Assignment Childhood Anxiety Disorders aku hampir siap. Cuma tinggal bahagian yang memerlukan satu careplan for the patients yang masih belum di develop.
Case PBL ku akan bersambung. Masih belum habis lagi kes breast cancer. Esok akan dibincangkan treatment and management untuk breast cancer. Patient ni sekarang telah didapati mempunyai lump yang mana setelah diuji dengan menggunakan biopsy, diperakukan bahawa ia adalah malignancy cancer di right upper quadrant.
Esok juga akan dibincangkan tentang macam mana untuk consult patient ini. Untuk menyampaikan bad news kepadanya. Masakan tidak. Tiba2 sahaja terpaksa menerima hakikat yang dirinya ada kanser. Yang boleh membawa maut. Breast cancer merupakan pembunuh kedua bagi golongan hawa. Selepas accident.
Hari ni saya ingin membawa kepada satu ayat. Best juga. Tentang bagaimana kiranya kita didatangi dengan ujian.
"Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: 'Sekali-kali tidak akan masuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani'. Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: 'Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar'. (Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, Maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Al-Baqarah,2 : 111-112)
Sekarang, tengok balik ayat2 ini dlm konteks kehidupan kita sekarang. Allah dah bagitau yang sesiapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepadaNYA, dan juga berbuat kebajikan dan kebaikan, maka itu adalah lebih baik disisiNYA. Dibuktikan juga bahawa tiada ada sebab untuk mereka khuatir dan bersedih hati di atas apa yang menimpa. Sebab kita tahu, semuanya dari ALLAH. Allah kan yang memberi segala-galanya. Nikmat mahupun ujian mahupun bala. Maka, ambillah dengan tenang jika ujian itu mendatang. Tidak perlulah nak susah hati dan cemas sebarangan. Percaya sungguh-sungguh yang Allah itu dekat. Kalau kita sering susah hati, cemas dan lain2, check balik amalan kita. Ada masalah ke hubungan kita dengan Allah? Maka. Percaya sungguh-sungguh pada ALLAH. Itu yang paling penting. Dan paling utama.
Contohnya, duit takde ke, atau apa yang kita mahukan tidak tercapai. Maka sabarlah. Dan bersyukur. Exam dah dekat ke. Result tak gempak ke. Sabar. Syukur. Jangan bersusah hati. Lagipun, orang yang beriman senantiasa diuji. Sungguh! Saya tidak sempat untuk membincangkannya di sini. Maka, saya akan membincangkannya di masa hadapan. Insya Allah.
Lagipun, kalau kita dah study gila-gila ke, result yang diingini tak tercapai. Yakinlah itu yang terbaik buat diri kita. Sebab 1+1 tak semestinya 2. Tak percaya? Nanti kita bincangkan di masa hadapan. Masa agak suntuk.
Cukup buat hari ini. Nak sambung. PBL ku masih belum terurai lagi learning issues nya. Esok ada mid case presentation. Kali ini, tutorku sudah berkata, presentation kali ini dibuat secara random. Maksudnya kita tak tahu siapa yang akan present. Dan juga, sebab kesuntukan masa, presentation kali ini akan dibuat oleh 2 orang. Dan TANPA melihat nota.
Ini medan ku. Doa.
Nota kaki: Sakit kaki ku disepak oleh satu hamba ALLAH tadi.. Aduh..
1 comment:
ermm...baru shj tahu rupanya tgh bercuti...dan ingatkan masih panjang cutinya..=) tetapi rupanya ddah nak start kelas?? hehe.. kerana baru sahaja ingin dicadangkan kpd saudara aie utk mengulas ttg isu palestin.. br shj td ketika di usrah mendpt cerita ttg isu semasa ttg negara palestin. menarik ceritanya.. tetapi tidak diulas dgn lbh lanjut td... sy pulak teringin nk tahu lebih lanjut... ttp tgh bz jg skrg dgn studies..
jd jika saudari aie berkelapangan, berceritalah... mmg menarik utk diulas tentang hebatnya pertolongan dr Allah..lg2 dlm blog ini saudara aie ada menyentuh ttg ayat Quran yg menceritakan ttg golongan yahudi kan?? berkaitan jgk tuh... =)insyaAllah nnt jika saya berkelapangan jg, sy juga cuba mencari lbh lanjut ttg isu ini... sama2 kita mencari keredhaan Allah..
Post a Comment