Monday, April 24, 2006

Ingatkan ku juga...



Learning and Language tutorial. Bersama Ms Helen Fraser. Baik orangnya. Sangat mengambil berat hal ehwal para pelajar international. Kami belajar tentang kes-kes PBL kami secara advance darinya. Dan juga mempractice communication skills bersama-samanya. Dan juga bersama dengan pelajar2 international. Safety net buat kami. Sebab tak best pun ber communication skills bersama orang putih. Sebab diaorang mcm tak nak layan kami sangat. Sebab perbezaan komunikasi.

Kemudian study. PBL. Tak banyak sangat yang kucakap dalam kumpulan tutorial tu. Maybe sebab aku kurang bersedia. Ataupun kerana perasaan cuti masih tak hilang. Masakan. Sebab hari Selasa nya cuti lagi. ANZAC day.

Ke library pula aku. Cari 2 jurnal, 2 buku dan satu artikel dari internet. Untuk Professional English (ESL) Level 2 ku. Buat assignment referencing and bibliography. Senang aje, kot? Cuma kena spend masa sikit. Huh.

Sekarang. Aku kiranya banyak juga menulis. Mengarang. Aku takut kadang kala aku berkata tanpa dibuatnya. Takut aku tak terlaksana apa yang aku warwarkan kepada kalian. Takut jadi orang munafik. Takut.

Aku terbaca satu hadis. Ingin dikongsikan bersama.

Abu Zaid (Usamah) bin Zaid bin Harithah ra berkata: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Seorang yang dihadapkan di hari kiamat. Kemudian dilemparkan ke dalam neraka, maka keluar usus perutnya, lalu berputar-putar di dalam neraka bagaikan himar yang berputar disekitar penggilingan maka berkerumun ahli neraka padanya sambil bertanya: Hai kamu, mengapakah engkau, tidakkah kau dahulu menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran? Jawabnya: Benar, aku dahulu menganjurkan kebaikan, tetapi tidak saya kerjakan, dan mencegah mungkar tetapi saya kerjakan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Satu lagi contoh dalam Al-Quran, di mana Allah melaknat orang yang mempunyai sifat sebegitu.

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah As Shaff, 61: 2-3)

Maka, aku berdoa supaya aku tidak menjadi sebegini. Aku cuba untuk melaksanakan apa yang aku katakan, dan apa yang aku tahu yang benar dan meninggalkan yang mungkar. Maka. Tegurlah aku kiranya aku terlupa. Jika aku lalai. Jika aku salah. Kerana diriku jua adalah seorang manusia. Namun, tidak bererti yang kita tidak patut menjadi penyampai kepada orang lain. Kononnya takut kalau tidak diperbuat, maka dibenci Allah. Kita berdoa agar Allah memberi kekuatan kita utk mengerjakan amal makruf nahi mungkar dalam pada masa yang sama kita menjadi penyampai.

Insya ALLAH kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa mengingati antara satu sama lain.

Noktah.

4 comments:

Anonymous said...

akhirnye aku singgah kat blog ko ni...takde ape nak komen pon...came life kat sane ?? happening ke ? biase ke ? bosan ke ??..btw, weekend ni MC-VI kat VI....hehe...aku ngan ewoq maybe pegi usha kot....

Anonymous said...

insyaAllah... sama2 kita mengingati antara satu sama lain... =)

Adam Ahmad said...

aie. lame tak denga citer ko. arituh ko tegur aku kat msn aku takde kat komputer. tido tak silap aku.

Anonymous said...

org yg pertama sekali perlu diigtkan sblm org lain ialah diri sendiri. sesungguhnya selagi mana tak terbina negara Islam dlm diri takkan wujud negara Islam di dunia. selalukanlah mengingati diri sendiri.